Wednesday 8 February 2012

Hati

Hati ...
Dikau tidak pernah mengenali apa itu 
cinta sewaktu kecil 
Hanya mengerti keriangan yang wujud 
bersama mereka yang dikau sayangi .
Tidak pernah mengerti apa itu kasih
sayang walaupund sering kali diucap ...
Tetapi engkau mulai mengerti apa itu 
perasaan saban hari dalam kehidupan 
ini ...


Oh Hati ...
Dikau mula berasa sunyi
mencari jawapan kepada tanda tanya
yang berada di hati 
Adakah pengubat kepada kesunyian
yang membelenggu diri ?
Sememangnya itu adalah sesuatu 
yang tidak pasti 


Wahai hati ...
Tiba-tiba denyutan jantungmu 
berlari ...
Hanya dia yang sedang berdiri di
hadapanmu 
Dikau pun tidak pasti dengan 
keadaan ini 
Lalu engkau terdiam sepi .


Hatiku ...
Itulah cintamu 
Dia yang membuatkan
denyutan jantung sekuat ombak 
menghempas pantai
Perasaan sunyi tidak lagi sendiri 
kerana ada teman di sisi ...
Dan kini dikau tidak bersendiri lagi 
Hati telah dimiliki .

No comments:

Post a Comment